26 January 2017

GENAP 5 TAHUN

Assalamualaikum and how you doing ?
Hahaha. So, what's up? Any good things happen to you today or yesterday or  past few days?
Nothing happen ? Owh ! That's okay guys ! Just one thing I would say is,
You're still alive and that is one the good thing that happen to you today.

Okay, let go to my story. Not in English, maybe a little bit cacamarbalah .
Jom kita start.

Baiklah, first thing first. Baca tak yang awal tu bila Hanis kata "You're still alive and that is one the good thing that happen to you today" . Hehehe. Okay, Hanis jadikan tu sebagai satu quote yang ada kena mengena dengan title dan cerita akan Hanis bagitahu.

Alright, why did I say "You're still alive and that is one the good thing that happen to you" ? 
Percaya tak, makin hari, makin ramai yang dah meninggalkan kita dan telah bertemu dengan Sang Pencipta ? Korang bersyukur tak bila diberikan kehidupan lagi hari seterusnya? Bayangkan, satu ujian Sang Pencipta berikan kepada kita, dan ujian itu merupakan ujian terakhir yang kita rasa dan tidak akan ditemukan hinggalah ke akhirnya. So, be grateful when God have give you a chance to stay alive until now.

Jadi, apa kena mengena dengan GENAP 5 TAHUN tu? Hehehe. Ok, jom bercerita.

Throwback when I was 15 (Form 3).
Do you ever heard about Brain Tumor ? Had you ever experienced any symptoms that lead to any tumor or cancer ? So, that is the beginning of my story.



Let us rewind back when I was 15 and that was 5 years ago.
Waktu tingkatan 3, Hanis telah mengalami satu 'major operation' di kepala. And that time I just started school for almost 2 weeks at Perak. 
Ketika itu, pada jam 2.30 ptg, hari Khamis, Hanis pengsan dan mengigil seperti orang kena renjatan eletrik (bukan kena eletrik tapi macam) di bilik air ketika sedang mengambil wudhuk.
After that, my whole family hantar Hanis pergi Hospital Besar Ipoh, and guess what, I had been confirm by the doc that I had brain tumors, and yes, TUMORS, not one but three. Dan satu daripada ketumbuhan tu dah pecah dan seluruh dalaman kepala dipenuhi dengan nanah. Can you guys imagined that?

So, the doc said, I had to undergo an operation, or I will, dead. Simple as that. 
The operation take almost a whole day and Alhamdulillah, I survived the operation.
But, hehe, walaupun selamat, you won't believe it yang Hanis terpaksa hidup selama setahun tanpa tempurung kepala. Diulangi, SETAHUN TANPA TEMPURUNG KEPALA. 

While that year, semua orang yang sebaya sibuk struggle untuk PMR, but Hanis? Yeah, struggle dengan Ujian Allah yang melibatkan hidup mati. Apa perasaan ketika itu ? Bayangkan, lepas dari operation, Hanis sedar tapi macam orang bodoh yang tak tahu apa lansung dekat dunia ini. Maksudnya, hilang ingatan. 
Bayangkan: 
  • nama sendiri pon boleh lupa,
  • mak abah pon boleh lupa, 
  • nak butang baju pon tak reti. 
  • dan banyak lagi lupa.
Tapi yang pelik, time tu tulis memang tak reti tapi, menulis dalam jawi boleh. Maksudnya, mula-mula tu memang satu apa pun tak tahu, 1+1=2 pon Hanis tak tahu, but bila ingatan tu dah kembali perlahan-lahan, Hanis hanya boleh tulis Jawi but not Rumi. 

Almost 5 bulan di hospital, setelah jalani semua terapi dari Fisioterapi dan Psikologi, I'm back to school again. Bayangkan, apa yang kau belajar dari Form 1-2, kau dah lupa habis, and end up, kena struggle study semua untuk PMR just for 3 months. Kau rasa give up tak kalau keadaan macam tu tambah lagi denga kesihatan kau ?
Hahaha. Hanis tak minta pon korang rasa but I just you to felt and imagined how my situation at that time. Tambah plak, kepala Hanis waktu tu sebelah tanpa tempurung.
Tapi, satu je nak bagitahu, jangan pernah give up dengan kehidupan ini. Dan bersyukurlah Allah bagi kau peluang kehidupan.
After 3 months struggle, and settle my PMR, the result came out, and guess what? I got 5A's, 2B's, 2C's . Jadi berbaloi atau tak jika kau percaya apa yang Tuhan uji kau tu mungkin ada hikmahnya ?

You want to know something yang menyebabkan Hanis berubah time struggle tu sampailah ke hari ini? Waktu bersusah-payah tu, ramai yang share ayat Quran ini:
Firman Allah SWT :
"Allah tidak menguji hambanya melainkan apa yang mampu oleh mereka... "
[Al-Baqarah : 286]

Jadi, ketika berasa putus asa, ingat balik ayat ini. Dan disaat Hanis bergelut dengan kehidupan yang sememangnya risiko ini, dan ketika itu memang mengeluh itu tidak pernah berhenti dari mulut, ramai yang memberi sokongan dengan ayat ini,

Firman Allah SWT:
"... Bahawa setiap kesukaran itu ada kemudahanya (5) [dan ditegaskan sekali lagi] bahawa sesungguhnya setiap kesukaran itu ada kemudahanya (6) ... "
[Al-Insyirah : 5-6]

dan itulah yang menjadi satu kekuatan untuk teruskan hidup. Semua lalui ujian yang berat cuma berlainan sahaja jenis ujiannya. Hanis harap cerita ini boleh membuka minda kita agar kita sedar dan tidak terlalu berfikiran, "ARGH ! Tak ada yang tahu apa yang aku lalui !" sedangkan ada yang lagi teruk ujian menimpa diri kita. Hanis macam mana ? Ye la, mungkin korang anggap Ujian Hanis ni pon dah teruk tapi bayangkan, ketika tu, dalam satu wad Hanis juga, ada yang kena macam Hanis tapi baru 6 tahun. 6 TAHUN wey ? dan Allah lebih sayangkan dia. So, kita bersyukurlah Allah masih beri peluang kepada kita untuk terus hidup di muka Bumi ini.

Oh ya, Terima Kasih kepada yang mendoakan baik di Perak dan Kuala Selangor dan juga yang sanggup datang melawat walaupun ketika Hanis tak sedar. 
Okay guys, that's all. Tak tahu nak cerita apa, cuma itulah yang dimaksudkan dengan Genap 5 Tahun (2012-2017) .
TQ for spend your time reading this. Nothing much I can say . And, #KeepSmile #JanganNakalNakal

Oh ya, mungkin ramai tak percaya yang tempurung kepala tu, ni Hanis selit satu gambar . Ni je kot yang ada . Hahaha.

Yang hujung sekali belah kiri


YANG NI UCAPAN COPY PASTE DARI INSTA SENDIRI. So, kalau dah baca kat Insta, takyah bacalah okay ? Hahaha. Buang masa .



3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Ahmad Aqib Hanis (AAH)... kau seorang insan yang cukup tabah dan kuat menghadapi segala rintangan yang Allah berikan pada kau... aku sebagai seorang sahabat, kagum dan xmmpu nk ucapkan kata2 selain air mata yang mengalir di saat membaca artikel hasil coretan tentang dirimu wahai sahabatku... mgkin kisah dugaan kite berbeza... kau lagi berat diuji drpd aku... tp percayalah, sokongan drpd family dan org sekeliling kite sama di saat kite diuji dgn ujian seberat ini... kisah berbeza tetapi aku dapat bygkan dan juga pernah merasai apa yg kau lalui... kau lah sahabatku dunia akhirat... engkau mngajar aku erti kesabaran dan kematangan walaupun usia mu lebih muda drpdku... aku syg akan kau wahai Ahmad Aqib Hanis... kau lah sahabat till jannah... maafkan aku andai pernah mengguris dan melukan hatimu serta maafkan aku dr awal perkenalan kite hgga ke akhir hyatku... aku dgn rendah diri mohon kemaafan atas salah dan silap aku... coretan ini tidak lah bermkna untuk mu, tetapi percaya lah bahawa kata2 ini terbit dr hati ku yang sayu serta titisan air mata berguguran di saat mencoret kata2 ini... ampunkan aku wahai sahabatku... Muhammad Afiq 'Aizuddin b Md Din

    ReplyDelete