31 October 2012

Cara-Cara Hilangkan Jerawat

سَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl  dan salam sejahtera kpd pembaca yg dihormati sekalian ~

Setiap daripada kita ni mesti ada masalah jerawat kan ? Tak kira laki or pompuan pasti ada 

masalah ni kan ? Jadi , ni Hanis nak bagi korg semua tips mcm mana nak nak hilangkan 

jerawat ~ Mungkin jadi dan mungkin tak ... Kalau x jadi pi la farmasi beli oxy oke ..


1. Hilangkan Jerawat Dengan Tomato

===>Buah tomato ini mempunyai pelbagai khasiat yang bagus. Antara khasiat buah tomato ialah baik untuk kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam (blackheads) dan juga menghilangkan jerawat. Mula-mula belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato.

2. Hilangkan Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis

===>mula ambil satu kulit kayu manis dan asahkannya pada tembikar atau alas pengasah campurkan dengan sedikit madu. Kalau takde madu boleh juga gunakan air biasa. Jadikannya sebagai masker dan sapukan ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Peringatan kalau first time cuba letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis ini panas. Kalau dah biasa boleh sapuan tebal. Tapi kulit kayu manis memang paling mujarab untuk cuba. Cuma kelemahan panas dan bau rempah yang kuat. hee…

3. Hilangkan Jerawat Dengan Lidah Buaya

===>Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Yang penting berterusan. Paling cik tom suka sapu lidah buaya ini memang best sebab menyejukkan kulit muka.

4. Hilangkan Jerawat Dengan Ubat Gigi

===> tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian baru di bilas dengan air yang suam. Kandungan ubat gigi mampu membantu untuk mengeringkan jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah. Ini tips paling mudah sekali untuk amalkan dan memang menjadi pada diri cik tom. Muka pun sejuk je bila sapu ubat gigi pada jerawat.

5. Hilangkan Jerawat Dengan Putih Telur

===>First, pisahkan kuning telur dengan putih telur. Just ambil putih telurnya sahaja. Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah anda dan diam selama 15 minit. Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda yang seringkali menjadi penyebab timbulnya jerawat. Selepas itu cuci dengan air suam. Selain itu, telur putih ini boleh buang blackhead dan whitehead dengan korang rendamkan tisu dengan telur putih kemudian tampalkan tisu pada hidung. Selepas kering, tengok blackhead dan whitehead melekat pada tisu. Kelemahannya bau hanyir pada telur tapi tips ini pun menjadi cik tom amalkan.

6. Hilangkan Jerawat Dengan Pucuk Jambu Batu


===>Tips ini rajin cik tom cuba masa sekolah dulu, ambil segenggam pucuk jambu batu (korang jangan pulak ambil daun yang tua, kesian muka.hehe) dan gulungkan pada tangan . Kemudian gosok-gosokkan pucuk jambu batu pada muka. Biarkan beberapa minit supaya kering di muka . Kemudian basuhlah dengan air suam. Cik tom suka bau pucuk jambu batu wangi.

7. Hilangkan Jerawat Dengan Air Basuhan Beras

===>Air basuhan beras jangan dibuang. Ia turut mempunyai banyak khasiat tradisional. Selawat Nabi sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air basuhan beras tersebut. Jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri. Selepas kering, cuci dengan air suam.
Semua orang pasti tidak suka jerawat, lebih-lebih lagi jerawat di muka yang menggangu penampilan diri. Selain itu, parut jerawat biasanya tidak hilang dengan mudah dari wajah kita.


PENTING ! ! !
Yang penting untuk amalkan tips ini kena rajin dan konsisten. Tahap keberkesanan setiap kaedah yang diamalkan bergantung kepada beberapa faktor seperti kesesuaian dengan individu, jenis kulit, kekerapan amalan dan paling penting kita hanya berusaha namun Tuhan yang menentukan. Untuk mengetahui mana satu kaedah yang sesuai kita kenalah usaha untuk mencubanya

30 October 2012

Update Status Di Dalam Kubur

Suatu malam, sebelum tidur si anak bertanyakan ayahnya.

Anak: "Ayah, boleh tak adik update facebook dari dalam kubur?"

Ayah: "Tak boleh sayang.."

Anak: "Kalau adik nak update juga?"

Ayah: "Tak boleh. Kalau facebook boleh diupdate dari dalam kubur setelah mati, mungkin ini statusnya:

1. "Allahurobbi! Besarnya ular! Banyaknya kepala dia!"

2. "Ya Allah! Lipan banyaknya! Kala jengking besar-besar!"

3. "Allah! Mak abah tolong!! Tolonglah keluarkan daku dari tempat yang menakutkan ini!"

4. "Arghhhhhh! (tulang rusuk kanan bersatu dengan tulang rusuk kiri dihimpit bumi kiri kanan)"

5. "Ya Allah! Sakitnya tidak terperi lagi dipalu malaikat-malaikatMu ini..aku bertaubat Ya Allah..ampunilah daku!"

6. "Ya Allah! Panas membakarnya seluruh tubuhku ini! (tubuh dipanggang)

7. "Ya Allah! Gelapnya di dalam kubur ini...takuttt..."

8. "Ya Allah! Kembalikanlah aku ke dunia! Aku berjanji akan taat!"

Adik: "Boleh tak kembali ke dunia setelah mati?"

Ayah: "Sesungguhnya sudah tidak ada peluang kedua lagi apabila jasad telah terpisah dari roh. Merayulah keluar air mata darah sekalipun, tidak lagi akan dikembalikan ke dunia."

Adik: "Hmmmm..jadi tak bolehlah update ya.."

Ayah: "Ya tak boleh. Update facebook tidak perlu. Update iman dan akhlak sangat perlu. Update ilmu al-Quran juga perlu. Mereka yang lalai dengan facebook akhirnya akan update status-status seperti ayah ceritakan tadilah. Orang-orang yang melebihkan facebook, twitter melebihi Tuhannya, akan mengalami situasi-situasi tersebut. Adik mahukah begitu?"

Adik menggeleng-geleng kepalanya seraya menyerahkan iPad kepada ayahnya.

Adik: "Ayah simpanlah benda ni. Adik tak perlukan. Esok ayah tolong carikan adik tempat belajar Quran ya. Adik nak belajar mengaji."

Ayah tersenyum memeluk anaknya. Mengucup lembut anaknya. Moga jadi anak yang soleh hendaknya. Amin..








6 tips untuk menjadi kawan yg baik

As'salam wbt dan salam sejahtera kpd pembaca semua ~ 
Korg semua mesti ada ramai kawan kan ? Ada baik , ada nakal dan mcm-2 lagi kerenah kawan yg kita ada btol tak ? Setiap korg ni mesti ada BFF kan ? Macam Hanis pon ada BFF .. 
So today , Hanis nak bg tips mcm mana nak jadi kawan yg baik .. 


  • MASALAH : Sentiasa mendengar masalah kawan kita dengan teliti dan serius . Then , berilah beberapa pendapat or idea yg serius yg boleh mengatasi masalah kawan kita itu .
  • LAYAN : Sentiasa melayani kawan dgn baik . Kalau dia buat lawak yg tak brape nk lawak , pastikan kita gelak kecik untuk menunjukkan tanda kita suke walaupon sbnrnye kite tak suke . Kalau x mau gelak pon , buatlah senyum kambing kalau tak boleh gak , jujur je la ngan kawan kite.
  • BELANJA : Jangan kedekut untuk belanja kawan tidak kira susah atau senang . Dengan cara ni , kite akan lebih dihargai dan mungkin akan di bantu oleh kawan kite tadi ketika kite susah .
  • TOLONG : Seperti belanja tadi , tolonglah kawan ketika susah atau senang . Tolonglah kawan kite dalam pelajaran ke , dalam kerja ke , dan mungkin dengan cara ni , hubungan kite dgn kawan kite akan bertambah akrab .
  • MINAT : Cari persamaan minat dengan kawan kita . Contohnya , kalau kawan tu minat kumpul setem , kita pun ikutlah sekali minat dye dan mana tau tiba-tiba kite skali cenderong utk ikut jejak dye . Tapi , kalau dye minat dalam perkara yg NEGATIF jgn pula kite ikut ya ~
  • MASA : Kalau setiap hari kita mnghadap komputer berjam-jam , cuba ubah sikap tu dengan meluangkan masa bersama kawan . Contohnya , kalau pompuan boleh ajak kawan shopping / window shopping . Lelaki pula boleh meluangkan masa bermain futsal bersama kawan-kawan . 


So .. Ini saja tips yg boleh Hanis bagi . Kalau korg rasa ada tips lagi , share-2 la . Bak kata perpatah Inggeris "SHARING IS CARING" . .  ~

24 July 2012

Diriku Sudah Tercemar

Hai all . . . Dah lme Hanis x post kat blog ni . . .
Kali ni Hanis nak post satu cerita pasal SUNGAI .
Sekarang ni kalau kite tgk , banyak sungai tercemar . . .
Ni semua disebabkan oleh perangai-2 manusia yg x rety nak jaga anugerah Tuhan . . .
Baiklah , bawah ni cerita Hanis . . . Harap enjoy 

----------------------------------------------------------------------------------------------

Indah , nyaman , tenang ...
Diriku indah dipandang ...
Cantik dimata , nyaman terasa ...
Deruanku bisa melebarkan senyuman mereka yg menikmatinya ...
Aku tidak pernah sepi dari kunjungan manusia yg sentiasa mengunjungi ku ...

ARGH ! ! ! ITU SEMUANYA DULU ! ! ! Kini diriku keruh bagai 'teh tarik' , aroma bangkai dan sampah sarap menusuk ke hidung yg menghidunya . . .
Oh , manusia ! Rakus meneroka hutan , habis bukit-bakau di gondolkan ...
Hingga nasibku tidak di hiraukan ...

Pernah ku mendengar kata-kata Pak Hamid ketika dia dan keluarganya mengunjungi ku ...


"Emm , kesian .. Dulu sungai ni yg cantik telah habis keruh airnya .. Banyak sampah sarap pula tu .. Aku rasalah dalam 2-3 tahun sungai mungkin tiada pengunjung lagi .. Kesian kau sungai ..."



Sememangnya masin mulut Pak Hamid ... Tapi ada benar juga kata orang tua itu . Kebanyakkan pengunjung tidak menjaga kebersihan diriku walaupun telah disediakan tong sampah ...



Pada suatu malam , aku didatangi oleh sebuah kenderaan ... "Vroom ! Vroom ! (bunyi lori) . Macam pernahku dengar , tapi dimana ya ? " Aku berfikir sejenak ... Tiba-tiba aku mendengar bunyi tapak kaki manusia menghampiriku dan "ADUH ! ADUH ! ARGH !!! SAKITNYA !!!" Diriku di campak sisa-sisa toksid dari kilang berdekatan . Sakitnya seperti pisau yg merobek-robek isi perut ... Dapat ku mendengar anak-anak puru mengeletar kesakitan .. "Maafkan ku anak-anak puru , aku juga merasa kesakitannya ..."
Aku sedih melihat mereka ... Kini , diriku bertambah keruh ...





Seminggu kemudian , aku didatangi lagi manusia . Kali ini 2 wanita muda menghampiriku ...
"(cakap utara) Wah , wah , wah ! Minggu lepas hang buang toksid , laa ni hangpa nak buang apa ? Sampah ?" Tapi kali ini sampahnya agak berat dan terus tenggelam ke dalam perutku . Bila Sang Mentari memancarkan cahayanya , aku lihat ianya bukan sampah , tapi MAYAT BAYI ! 



"Ya Tuhan ! Kenapa hambamu yang bernama manusia membunuh kurniaan mu ...  Aku cuba hanyutkan mayat si comel ini ke tepi agar dapat dilihat orang ... 
3 hari kemudian , kawasan aku menjadi riuh dengan kehadiran pasukan Forensik . Mereka cuba menyiasat siapakah ibu kepada bayi . Setelah hampir 4 hari , mereka membawa mayat itu entah aku pun tak tahu ...
Aku berharap agar ibu kepada bayi itu dikenakan hukuman yg setimpal ..

Nasibku tidak berhenti di situ . Semua penghuniku seperti Si Patin dan Si Merah kini berhijrah ke sungai lain untuk menyelamatkan generasi mereka . "Wahai sungai yg banyak berjasa , maafkan kami kerana meninggalkanmu keseorangan . Bukannya kami benci padamu , tapi kami ingin menyelamatkan generasi kami . Maafkan kami ya Sungai ... " kata Si Patin .

Aku tidak marah kerana ia merupakan cara yg betul untuk mereka menyelamatkan generasi mereka . Kini , tinggal aku keseorangan dengan bertemankan sampah sarap disekelilingku . Aku berdoa kepada Tuhan ...


"Ya Tuhan ! Kau tolonglah lembutkan hati manusia ini ...
Untuk menjagaku dengan seadanya ...
Kerna ku tak sanggup , kerna ku tak mampu ..
Terus diseksa begini selamanya ...
Kalau boleh , kau turunkan bala kepada mereka ..."


Sebulan kemudian , pengaliranku semakin tenat kerana longgokkan sampah yg menghalang pengaliran terus ke laut . 

Suatu hari , hujan turun dengan lebatnya tanpa henti selama hampir seminggu . Disebabkan pengaliranku yang semakin pelahan , aku tidak lagi mampu menampung air yang begitu banyak . Disebabkan itu , berlakulah sebuah banjir besar di sebuah bandar . Setelah hampir 2 minggu , banjir tersebut semakin surut . Aku mendapat berita bahawa banyak kerugian yg dialami oleh manusia dan banyak juga nyawa yg terkoban . Aku sedih kerana ada nyawa yg tak bedosa terkoban .

Walau apapun , aku bersyukur kerana Tuhan telah memakbulkan doaku . Ingat ! 

'Ada ubi ada batas ..
Ada hari boleh balas ..'


p/s : Kesian si sungai .. jd apa lagi ? Jagalah sungai . . .