29 October 2016

Kuatkan Semangat !

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alright ! Post kali ni nak cerita pasal apa ya ?
Tengok title 'KUATKAN SEMANGAT' . Dah tu Hanis nak cerita pasal apa ?

Tadi Hanis scroll dekat FACEBOOK Hanis, ternampak satu post ni pasal Nazim Othman share pengalaman dia kena tumor dan Alhamdulillah, dia pun dah kelihatan sihat wal afiat.



So, apa sebenarnya Hanis nak cerita ?
Hanis sebenarnya rasa nak share juga pengalaman Hanis yang hampir sama dengan Nazim Othman ni .

****************************************

Semuanya bermula tahun 2012 (Ting 3). Everything look normal from the outside but yet in the inside no one will know right ? Until something happen to yourself.

2 minggu sebelum tragis hitam berlaku, Hanis rasa sihat and tak ada apa masalah kesihatan. I just went for Volleyball training in school , play football during PE session and doesn't felt anything.
But a week after that, I felt sick for a week plus a very strong headache .
Percaya atau tak, Hanis sampai hentak kepala dekat dinding sekuat hati sebab nak hilangkan rasa pening tu.

Suddenly, one day, Hanis nak ambil wudhu untuk solat Zohor dan disitulah bermulanya TRAGEDI HITAM. Hanis sawan dan pengsan (kata mak) dalam bilik air. 

*************************************

*beep* *beep* *beep*
Hanis sedar ... and I saw nurse all around me and I thought that I already in heaven. Tapi masih waras lah and I ask one of the nurse, "Where am I ?" dan nurse jawab "You ada dekat wad ICU. You kena rest. Jangan banyak gerak..." 
I felt a very painful feeling on my head and I realize that I might had undergo a surgery....

*************************************

After I had undergo the major surgery, semua memori Hanis hilang termasuk pasal diri sendiri dan family. Tapi Alhamdulillah, family keep support bagi kembali ingatan . Bayangkan mak abah sendiri boleh lupa? Tak sedih ke parents korang?

Bayangkan nak butangkan baju pon tak reti ? Nak kira 1+1=2 pon tak ingat ... Kau tak rasa ke macam baik tak yah hidup sebab apa pun tak tahu? 

TAPI, itulah pentingnya ada keluarga. Dorang akan support dari belakang plus ada PHYSIOTHERAPIST yang tak putus-putus bagi semangat.
Everyone keeps saying this "Allah menguji hambanya dengan ujian yang dia mampu. So, awak kena kuatkan semangat dan percaya pada Qada' dan Qadar Allah" . So that one of my motivation for me to keep survive in my life.
Skip all the story during my life at the ward. Sebab panjang sangat. But still I had the best memory during my hospital life :D

After discharge, I only had 4 months for PMR and Thanks God I have the best teachers and friends that helped me in my study and Alhamdulillah, I got 5A's, 4B's and 1C's. Hahaha (bijak gak aku ni) (Riak betul) hahaha.

Hanis pon baru habis study di Kolej Matrikulasi Perlis and now sambung belajar di Uni Malaysia T'ganu. So, percayalah, KUATKAN SEMANGAT dan PERCAYA PADA DIRI SENDIRI bahawa kita boleh mengubah diri dan bukan untuk teruskan gagal.

But until now, Alhamdulillah. Semuanya kembali baik seperti dulu. Cuma tengkorak kepala yang kena bedah tu ditukar dengan tengkorak tiruan iaitu jenis platinum (penebat kilat dan tahan karat).
So, you can call me IRON MAN . Haha . Takde la . Hanis tetap Hanis.

So, Hanis nak bagi nasihat kepada semua yang tempuhi tahap kesihatan yang teruk.
Setiap apa yang kita tempuh dalam kehidupan ini perlulah laluinya dengan penuh keyakinan terhadap apa yang Allah telah uji kita. Janganlah disebabkan tumor or kanser yang kita kena itu tidak memberi peluang untuk kita nikmati kehidupan.

INGAT INI "Allah menguji hambanya dengan ujian yang dia mampu. So, awak kena kuatkan semangat dan percaya pada Qada' dan Qadar Allah"

Dan orang yang disekeliling, bantulah dan support mereka yang lalui kehidupan dengan ujian besar itu. Bukan sisihkan mereka. Berikan kepercayaan kepada mereka dalam kehidupan walaupun doktor kata mereka tidak hidup lama sebab ajal, maut itu adalah ketentuan Allah. 

Ni Hanis share sikit gambar waktu sakit dulu...











And now, Alhamdulillah sihat...















No comments:

Post a Comment