24 July 2016

Matrik . Susah ke senang ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera . Sihat ?
Orite, post kali ni Hanis akan cerita serba sedikit tentang life kat Matrikulasi even post sebelum ni pun cerita benda yang sama tapi entahlah , Hanis rasa macam ada yang kurang lagi . Rewind balik, Hanis ni Ex-Student Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) 2015/2016  .




So , permulaan sekali , siapa yang datang baca post ni sebab nak tahu serba sedikit pasal Matrikulasi Hanis ucapkan " TAHNIAH !!! " kerana anda mendapat tawaran ke Matrikulasi even Hanis tau masih ada yang still tunggu UPU. Tapi takpe, rezeki masing-II dan buatlah keputusan yang terbaik oke ?


Untuk post ni, Hanis akan pakai Abg juga.
Alright. Kita straight to the main topic, 'MATRIK, SUSAH KE SENANG ?'



Abang nak tanyalah, rasa-II koranglah, Matrik ni susah ke senang ?

"Ntahlah. Mana kami tau. Kami bukannya pernah belajar kat matrik"
"Ntah. Orang cakap matrik susah. Cikgu , kaunselor , pakcik makcik semua cakap susah. "


"Ntah. Ada yang bagitau kalau masuk matrik nanti susah dapat kerja. "
"Nanti dapat Kos Lelong nak sambung Degree"

Orite. Apa lagi yang orang cakap ? Apa lagi yang korang dengar ? Banyakkan ? Untuk ni je abang nak minta korang betulkan mindset korang , TOLONG JANGAN JADI OTAK MELAYU ERA KINI !!!

Apa maksud abang ? Yalah, semuanya susah . Semuanya NEGATIF !!! 
Abang nak tanya, korang belajar dulu dari Darjah 1 - Darjah 6 utk UPSR dulu susah tak ? Belajar dari Ting 1-Ting 3 utk PMR (PT3) susah tak? Dari Ting 4-Ting 5 untuk SPM, susah tak ? And korang survive tak ? Then, DON'T BE STUPID TO HEAR WHAT PEOPLE SAY IF YOU NOT EVEN EXPERIENCES IT . Okey , clear ? Start dari sekarang , buang benda ni,

"Ntahlah. Mana kami tau. Kami bukannya pernah belajar kat matrik"
"Ntah. Orang cakap matrik susah. Cikgu , kaunselor , pakcik makcik semua cakap susah. "
"Ntah. Ada yang bagitau kalau masuk matrik nanti susah dapat kerja. "
"Nanti dapat Kos Lelong nak sambung Degree"

Matrikulasi ditubuhkan sebagai satu medium pantas , jalan singkat (fast track @ short-cut) kepada mereka yang nak straight kepada pengajian Ijazah Sarjana Muda selain daripada Ting 6 (STPM) dan Asasi tanpa perlu melalui Diploma . And for your info, SEKARANG, Sijil Matrikulasi dah boleh dan layak untuk memohon pekerjaan. Wey, sekarang dah setaraf Diploma and STPM kot.
So, Matrikulasi bukan lekeh-lekeh tau. Hahaha. So, be positive. Try to achieve something great while in Matric ok ?

Dah tu apa yang susah ? Hehe . Yang susahnya Matrik ni adalah sebab korang belajar semua silibus (4 main subject) JUST FOR 1 YEAR (2 Semester) .
Itu sahaja yang susah. 
Dah tu, korang belajar dari Form 4-Form 5 yang ambil 8-11 subjek utk jawab SPM tu tak susah plak.

Ok. Abang student akaun, 4 main subject yang abang ambil dulu PERAKAUNAN, PENG. PERNIAGAAN, EKONOMI & MATH FOR ACCOUNTING. Tapi untuk batch baru lepas abg kalau tak silap berubah dengan ada perbahagian modul macam Student Science . Itu nanti korang masuk matrik korang tau. 

Dari experience Abg sendiri, Korang nak takut apa ? Jujur eh, untuk Sem 1, korang just buat revision balik apa yang korang dah study zaman sekolah and ada tambah chapter sahaja. Yes, even kawan yg dr Science pon cakap benda yang sama. So, apa yang susahnya ? Lainlah Sem 2, memang korang blank sebab almost Chapt. in every subject for this sem is new to everyone. Apa susah, nama pon belajar.

Dekat Matrik dik, style belajar Macam UNIVERSITI. Ada kuliah dan tutorial. Yang mengajar pula adalah pensyarah (even ada sesetengah Matrik panggil lecturer CIKGU termasuk Matrik Abang). Style je U tapi macam sistem sekolah juga.
Maksudnya, kelas and kuliah korang every Weekdays, start dari jam 8pg - 4@5 ptg. (kecuali Jumaat sampai jam 12 tgh) . Pensyarah plak bukannya semua tegas macam dekat U. Dorang ajar korang memang penuh berhemah dan kasih sayang sebab nak pastikan korang berjaya tapi jangan plak ambil kesempatan atas kebaikan dorang . Rapat-ii dengan pensyarah ni sebab dorang nilah IBU BAPA kedua kita bila di Matrik.


"Bro, orang cakap dekat matrik xde life lah"


Hmm, tak ada life ? Maksud adik ? Abg still alive sahaja. Hehe . Ok-ii Abg faham maksud korang . And jawapan Abg simple je, korang masuk Matrik ni nak enjoy or study ? THINK ABOUT YOUR FUTURE dik oi .

Maksud orang yang cakap tak ada life tu sebab kat Matrik style hidup memang macam ASRAMA SEKOLAH but the true is Adik, Abg cakap jujur eh, dari sinilah cara utk korang belajar macam mana nak survive kat U nanti . Memang nampak macam tak ada life tapi janganlah jadi dungu or skema sangat sampai 24/7 nak hadap buku je.


Kat matrik ada sistem OUTING and PULANG BERMALAM. So, ambillah peluang outing & pulang bermalam untuk korang jalan-ii dengan kawan-ii untuk rapatkan lagi ukhwah. Macam Abg, kalau outing, plan dengan roommate pergi shopping barang yang perlu utk bilik kami. Bila pulang bermalam, Abg ajak kawan-ii yang kaki jalan, kami sewa kereta (ini tak dibenarkan oleh Bah. Matrikulasi KPM tapi Abang apa peduli, hehe ) pergi round tempat orang . Explorelah tempat-ii yang best supaya nanti orang tanya, cth,

  • "eh, hang belajar kat Perliskan ? Apa yang ada kat Perlis selain Padang Besar ?" 
  • "Bro, kau study kat Perakkan ? Mana tempat best-ii boleh pergi ?" 
  • 'Sis, sis belajar kat Matrik Johorkan ? Eh kat area Sis study tu mana tempat lepak-ii yang best?"
So, bila orang tanya bolehlah kita bawa dorang and even boleh bawa family sekali.





"Bro, dekat Matrik dapat Elaunkan ? Boleh survive ke?"


Yes ! Inilah antara kelebihan Matrikulasi. Korang dapat ELAUN . "Eh Elaun ? Apa yang kelebihannya?" Oke adik-ii yang disayangi. ELAUN ni terbaik sebab ianya bukan pinjaman and korang tak perlu bayar balik (kecuali korang berhenti matrik tanpa sebab yang munasabah) . Zaman Abg study, elaun yang abg dapat ialah RM2,500 untuk 2 sem and every month dapat RM250 .
PERSOALANNYA, bolehkah anda teruskan kehidupan dengan bermodalkan RM250 ?
YA BOLEH ! Jujur, boleh dikatakan hampir semua Kafe Matrik menawarkan harga yang berpatutan untuk makanan and kalau tak berpatutan, boleh komplain .
Tapi macam nak survive ? Ni petua Abang, terpulang nak ikut atau tak . 
  • BAJETKAN berapa yang patut (MAXIMUM) belanja dalam sehari . Macam Abang, Abang akan hadkan belanja sehari paling max ialah RM 5 untuk semua termasuk Sarapan, Tengahari, Malam.
  • MENABUNG setiap hari walaupun RM 1. Menabung ? Ya, Abg dekat Matrik dulu memang pastikan Abang menabung setiap hari walaupun RM 1 and kalau ada duit syiling dalam poket , abang akan simpan dalam tabung . Sebab ? Senang je dik. Tengoklah nanti, bila kau terdesak nak duit and rasa tak nak menyusahkan parent, ada nanti yang dapat 
  • SHARE/KUMPUL duit dengan roommate. Maksud Abang ialah, bila korang dah dapat elaun setiap awal bulan, kutip RM 10 (minimum) setiap sorang (pakatlah dengan roommate) untuk guna beli barang keperluan KHAS UNTUK BILIK KORANG SAHAJA. Cth, Maggi, Air 3in1, Biskut, Ubat gigi, Sabun cuci baju .Untuk apa plak ni bro ?  Yg ni sapa nak penjelasan , pm Abg sebab takut korang tak paham nanti.

Ni petua sikit je. Kalau nak tau lagi boleh pm abang or tanyalah senior-ii yg boleh dipercayai . Haha .
So apa lagi korang nak tanya ? If ada apa-ii lagi, boleh tanya abang and senior-ii korang untuk lebih lagi . 

For now , Abang nasihat, tak kisahlah korang dapat sambung belajar tahap mana sekalipun even kemahiran, percayalah, Allah dah tetapkan rezeki masing-ii . To those yang rasa dah taknak belajar, Abang nasihat belajarlah kemahiran or paling malas pon, KERJALAH. Bantu keluarga . Jgn nak belagak raja sangat . Oke lah . Itu sahaja . Assalamualaikum , Sayonara . Jumpa lagi post lain kalau ada :D

p/s Masuk matrikkan , cipta banyak kenangan . peace ^^v

5 comments:

  1. Wow hbt lah abam blockmate kita nieh... Tahniah bro��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha . saja share . Abe ley pon bole gak kongsi sikit-ii pengalaman kat matrik dlu

      Delete
  2. Perghh.. Salute ahh.. Xpham pm abg hanis yerr.

    ReplyDelete
  3. Assalam.Dulu Spm abang berapa?

    ReplyDelete