14 July 2011

Kejadian Yg Akan Brlaku pada 2012 ... HANYA PENIPUAN !!!!!

As'salam semua . . . 
Ari Sabtu lpz Hanis ade wat satu post kan psal 15 RAMADHAN. . . Ingt x . . . ALhamdulillah  la klo ingt . . .
dlm post tu ade 1 hadith ttg 15 RAMADHAN . . .
nie Hadith nye . . .

Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".


Psl Hadith ni . . Kwn2 nk tau x . . . ianya sbnrnya palsu . . . nk tau knp . . ni buktinya >>>>>>








Pihak JAKIM ada memberi jawapan mengenai hadith yang telah tersebar luas ini.


“Hadith ini mengikut Dr Fahd Salman Audah adalah Do’if Jiddan atau Maudu’. Tidak boleh langsung berhujjah dengannya. Hadith ini memang sudah banyak tersebar secara meluas


Salah seorang perawi hadith ini ialah Nuaim bin Hammad. Ramai ahli ilmu yang menyatakan hadith yang diriwayatkan oleh Nuaim bin Hammad dalam Musonnifnya berkaitan cerita-cerita berkenaan kisah akhir zaman adalah adalah Munkar. Berkata Imam Az-Zahabi dalam kitab Siar A’lam Nubala’ ; ” Tidak boleh seseorang pn berhujjah dgn hadith Nuaim bin Hammad kerana dia telah mengarang kitab tentang fitnah akhir zaman dengan mendatangkan keajaiban2 dan banyak yang dibawanya adalah Munkar. Dia banyak mengambil hadith dari Kaab bin al-Ahbar yang dikenali kerana berpegang dengan kitab-kitab Israiliyyat.Dia juga banyak mengambil hadith dari org2 yang tidak dikenali dan diragui.


Begitu juga dgn Abdul Wahhab salah seorang perawi hadith ini mengikut Al-Hakim dalam Lisanul Mizan adalah orang yang tidak diketahui (majhul).

Wallahu a’lam…semoga kita berhati2 dgn hadith2 seumpama ini..dan menjaga nas syariah seperti yang sebenarnya…

Wassalam…


Bahagian Penyelidikan JAKIM


Cawangan Akidah,


P.P (T.T)


29 Julai 2009″




ini adalah hadith palsu yang telah disebar2kan dan dikongsi2kan. ini dikatakan petanda akhir zaman yang akan berlaku dan sebahagian telah mempercayainya.sememangnya wajib bagi kita untuk mempercayai hari kiamat, namun hadith ini bukanlah mengatakan hari kiamat kerana selepas huru hara itu masih ada sisa2 manusia yang tinggal.


lagi, hadith ini memberikan waktu, hari dan tahun pula bila berlakunya, padahal benda sebegini termasuk kiamat adalah hal2 ghaib yang cuma ALLAH yang mengetahui bila masanya.


jika dilihat pada niat meriwayatkannya, mungkin berniat baik. ingin manusia kembali ke jalan yang lurus dan beriman.bersedia menerima segala kemungkinan, namun hadith maudu tidak boleh diriwayatkan kerana ianya dianggap berdusta terhadap rasul.


Ringkasan kedudukan hadith:


1. Al-Hakim mengatakan hadith ini teksnya ganjil.


2. al-Zahabi berkata: (Hadith ini) PALSU.


3. Ibn al-Jauzi menyenaraikan hadith ini sebagai hadith palsu di dalam kitabnya al-Maudhuaat.


Selain itu al-Syeikh Salman Fahd al-'Audah tentang hadith ini. Beliau menyebut hadith ini samaada Terlalu Lemah ataupun Palsu.


p/s : Dalam rukun Iman yg ke5 mengatakan Beriman kepada Hari Kiamat , wajib bgi kita yg muslim untuk mempercayainya tetapi kita tdak tahu bila akan terjadinya kiamat itu . Hanya Allah saja yang Maha mengetahui segala2 nya..ttp tdakkah begitu pelik kerana di cnie ia mengatakan waktu , hari dan tahun..kiamat adalah hal ghaib yg cuma Allah sahaja yg tahu..oleh itu , berhati2 lah bila share sesuatu yang kalo korg ragu2 tntang info tersebut , carilah rujukan dan bertnyakan kepda org yg lebih berpengetahun..

No comments:

Post a Comment