Salam buat semua.
Mungkin kau yang membaca hingga kini masih termangu mencari apa cuba ku sampaikan,
Penulisan kali ini mungkin agak pelik, tapi biarlah kita bukakan minda untuk cuba memahami. Sebelum penulisan ini dicoret, Hanis ada terfikir sejenak tentang sesuatu dan disaat itu ingin berkongsi bersama semua. Harap dapat diterima.
*************************************
Secawan Nescafe di petang hari.
Ya, benar. Itulah keadaan seseorang pengemar Kopi Arabica yang dibrew secara baik dan kemudian di bancuh bersama air panas dan susu.
Hanis, mungkin itu apa yang aku selalu nyatakan di coretan lain, tapi kali ini, biarlah 'AKU' menjadi bahasa diri.
20 tahun aku sulami kehidupan ini dan pelbagai wacana hidup aku tatapi dari bayi hingga remaja. Dan jika diteliti, bukanlah 20 tahun aku mengenali dunia yang berubah era, tetapi hanya separuh umur sahaja mampu ku katakan.
Coretan kali ini, aku hanya terfikir disaat keputusan peperiksaan semester 1 Universiti mula dikeluarkan. Dan, apakah hidup ini adil jika kita bandingkan manusia itu melalui keputusan peperiksaan mereka? Peperiksaan Sekolah No 1, UPSR 5A, PMR 8A, SPM 10A, Universiti 4.00 (Anugerah Dekan) dan pelbagai umpamanya.
Apakah sistem taraf itu yang dibenci manusia tetapi masih wujud dan diterapkan ketika masih kecil lagi?
"Mereka yang mendapat no. 20 - 40 ketika peperiksaan, diminta untuk bertukar ke kelas kedua, ketiga, keempat untuk kita memberi mereka yang mendapat no 1 - 15 untuk berada di kelas hadapan ... "
"Kenapa gagal subjek ini? Subjek itu? Kenapa tidak seperti dia? Seperti sepupu? Seperti yang lain? Memalukan !"
Ya. Wujud hingga ke hari ini. Dengan hanya satu KEPUTUSAN, sistem taraf telah diterapkan.
Manusia.
Tetapi, apakah mereka yang teruk pada akademik adalah yang paling teruk pada pandangan kita? Bukankah sepatutnya kita yang perlu selami jiwa mereka dan bukannya mereka yang menyelami jiwa kita ?
Aku bingung. 😕
Aku hidup di dunia manusia melihat kepandaian dengan sehelai kertas dan bukan pada bakal seseorang itu menjadi. KERTAS ? Ya, KERTAS.
Keputusan semester 1 aku telah keluar dan keputusan 3.00+ jelas terpampang. Disaat ini ramai memuji tetapi aku memutarkan kembali ingatan di zaman Matrikulasi dimana ketika di Semester 1, keputusan aku 2.91 tidak lansung yang memandang dan jika ada, ianya ibarat pandangan sinis.
Hehehe. Benarkah? Entahlah, aku bukan seorang mind-reader. Tetapi itulah realiti kehidupan.
Engkau hebat, orang pandang, Engkau jatuh, orang biarkan.
Tapi adakah aku biarkan begitu? Aku mungkin hilang arah sementara waktu, tetapi tidaklah aku hilang akal hingga membuatkan diri ini dicemuh Tuhan.
Mungkin kau yang membaca hingga kini masih termangu mencari apa cuba ku sampaikan,
Biarlah aku konklusikan coretan ini,
- Bagi yang mendapat keputusan peperiksaan, tidak kisah apa jua sekalipun, mahupun lulus, gagal, terbaik, terburuk. Ingatlah, manusia melihat engkau disaat hebat sahaja.
- Kertas yang melihatkan keputusan engkau itu tidak boleh kau ubahnya. Tetapi, kau ubahlah persepsi pemikiran dan ideologi insaniah engkau untuk menjadi yang terbaik.
- Dunia ini tidak pernah lari daripada perbandingan. Jangan lari daripada realiti kerana realiti itu tetap wujud, tapi cuba jadikan realiti itu yang mahu lari dari engkau kerana perubahan.
- Disaat pemuji-penghina wujud disekeliling engkau, aku harap, kau terapkan topeng muka tebal agar tidak mudah percaya dengan personaliti manusia itu.
Gagal kehidupan itu adalah terbaik buat diri mereka yang tidak takut untu berubah. Disaat individu lain mencari kesalahan diri kita, kita cubalah menjadi individu yang ingin mengubah diri mereka.
4.00 & Straight A itu adalah kerja dan rezeki dari Tuhan, tapi usaha mengubah hidup sendiri adalah kerja dari diri sendiri.
Salam secawan Nescafe panas 😀☕
No comments:
Post a Comment