Salam Hari Kehidupan.
Ya. Ucapkanlah syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi peluang kehidupan seterusnya kepada kau yang sedang membaca post ini.💜
Ya. Ucapkanlah syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi peluang kehidupan seterusnya kepada kau yang sedang membaca post ini.💜
Heboh dengan keadaan semasa bahawa terdapat seorang artis yang baru menggilap nama kini menerbitkan sebuah buku yang isinya agak 'memberangsangkan'. Benar, kau tahu, aku tahu. Tidak perlulah disebutkan nama insan seni tersebut. Sudahlah heboh, berlaku pula agenda ala-ala Castello.💪
Tajuk bermula dengan Apakah ? Mengapa aku memilih 'apakah' sbg title post?
Sudah semestinya APAKAH. Terbitan sebuah buku yang tiada pengisian menjadi mahal angkara nama beliau dan pengisian adalah kurang memberi ransangan kepada minda dijadikan bacaan umum.
Sudah semestinya APAKAH. Terbitan sebuah buku yang tiada pengisian menjadi mahal angkara nama beliau dan pengisian adalah kurang memberi ransangan kepada minda dijadikan bacaan umum.
- Apakah dengan Tajuk 99 kata itu memberi fahaman kepada diri?
- Apakah memberi pengetahuan?
- Apakah memberi manfaat?
- Semua apakah hendak ku nyatakan.
Lahirnya ilmu dari pembacaan tetapi jika pembacaan menjadi seperti tiada ilmu, apa gunanya dihasilkan? Oh ya. Benar apa kau katakan. Aku sedar aku sedang jatuhkan martabat bangsa sendiri... 😨
Tetapi kau masih lupa pada bangsa sendiri yang tidak mahu naikkan bangsanya sendiri.
Tiada kesalahan. Aku faham. Ya, benar.
Jika aku tidak gemar, tidak perlu berkata. Endahkan sahaja.
Aku sememangnya tiada ilmu, jadi senyap sahaja.
Ya, aku bukan Sharnaaz Ahmad, bukan Fattah Amin, bukan penulis hebat tetapi aku tahu aku hanya manusia biasa.
- Dan kini kusedar, masyarakatku gemar akan pembacaan sebegini.
- Dan kini kusedar, mengapa bangsaku makin ketinggalan.
- Dan kini kusedar, generasiku kian hancur.
Tapi tidak mengapalah. Mungkin itu rezekinya. Mungkin itu peluangnya. Mungkin itu kemajuannya. Dan aku tiada apa. Cuma satu sahaja, bunga yang mekar indah adalah disemai dengan baik sejak dari benihnya. Teruskanlah 'MEKARKAN' generasiku .
Cukuplah coretan ini. Aku bukan sesiapa utk mencoret coretan yang panjang dan indah seperti mereka yang bergelar SANG SENI.
Salam dari aku, pengkritik senyap masyarakat.